Umrah 2k15

SEBELUM UMRAH

*Sila skip kalau tak penting…

Bulan Januari 2015 ramai orang sebab kebanyakkan visa tak lepas Disember 2014 dan ada negara yang tak buka untuk umrah pada bulan yang sama. Saya antara calon yang tak lepas pergi Umrah Disember 2014, sebab tiada mahram. Lepas tu, bawa pakcik sekali sebagai mahram. Visa Umrah settle dalam seminggu, yang penting dokumen yang travel agent nak untuk apply visa ada. Banyak kerja nak kena sahkan sijil mati ayah dll. Jadi terkejar sorang-sorang dapatkan cop sana sini. Sampai sesat kat Keramat nak cari JPN UTC Keramat.. haha. dugaan betul, Google Map handphone tak boleh pakai, phone mati. Ish ish..

DAH PIJAK TANAH MADINAH

6-16 Januari 2015, cuaca paling rendah 5°C dan paling tinggi pada hari2 akhir lebih kurang 29 °C. Penerbangan pergi transit dari KUL – Abu Dhabi – Madinah pesawat Etihad. Pulang pula dari Jeddah –  Abu Dhabi – KUL. 4 hari di Madinah 5 hari di Makkah

Sampai Madinah 4.15 pagi, Br. Fitri ambil di Airport Madinah dan check-in hotel. Sempat kejarkan Subuh di Masjid Nabawi. Penuh dengan jemaah.

Alhamdulillah selamat sampai Madinah. Memang rezeki Allah mudahkan jalan. Pesan mak dah masuk dalam raudhah buat solat sunat/ dhuha/hajat. Selepas selesai bagi la ruang kepada orang lain. Tak perlu nak bertolak-tolak. Lagipun kalau nak sampaikan salam kepada Rasulullah boleh dilakukan di mana2, sebelum masuk Raudhah pun boleh. Berebut-rebut dalam kalangan jemaah lain memang ada. Tipsnya : sebelum lakukan apa2 niat dipermudahkan jalan.

Perbanyakkan baca AlQuran dan senyum..

Kami makan sendiri sebab hanya ada 3 jemaah sahaja. (Saya,Maksu,Paksu)

Hari2 makan Nasi Mandi, Kofta, Shawarma, Khabsah, Biryani.. Mane tak bulat. Makan tak pantang.

Aktiviti ziarah pun mudah. Naik kereta Br. Fitri ke 1)Masjid Quba. Sunnah berwuduk dari tempat kediaman dan tunaikan solat sunat di Masjid Quba kerana ia umpama mendapat ganjaran sekali umrah. 2) Masjid Qiblatain. Pertukaran kiblat yang telah diwahyukan Allah kepada Rasulullah. Kami sempat breakfast roti telur depan masjid ni. 3) Jabal Uhud: ada satu bukit tempat tentera Islam memanah dan ada perkuburan tempat shahidnya tentera Islam. 4) Masjid tujuh:Dahulu ada 7 masjid tetapi kini di ganti hanya satu masjid besar yang baru dibina 5) Lalu tepi ladang kurma: Mcm ladang sawit tp bayangkan ada buah kurma tergantung atas pokok. Boleh makan. Tapi kami beli kat kedai no. 59 dekat dengan masjid nabawi.

image

Madinah-Makkah

4 jam ++
Niat umrah dr Madinah di Bir Ali.

MASUK MAKKAH

Selesai Umrah wajib. Tgh mlm juga settlekan semua rukun umrah.

Esok pagi Subuh, elok je sejuk2 peti ais. Tawaf sunat dan breakfast shawarma 5 riyal. Sebab kedai tak ada tempat duduk. Saya makan depan kedai runcit, elok je ada ruang boleh termenung sambil nikmati shawarma, hirup udara pagi sambil melihat pelbagai gelagat manusia. Beberapa minit kemudian ada bas parking sebelah 😧. Terpaksa membawa diri, asap bas berkepul-kepul buat sesak nafas.

Ikut jadual hari tu memang free. Pastu dapat ilhamla.. dh apa lagi.

Nak testing doa makbul ke tak kat Tanah Haram. Pasang niat nak buat Umrah lagi sekali,

Ya Allah, jika KAU izinkan aku, nak sangat buat Umrah sebelum Zuhur.

Saya pergi bawa kaki ke mana2 yg saya boleh jumpa jemaah perempuan M’sia -mana2 group. Kalau dpt naik teksi ramai-ramai lagi bagus. Tak sorang, tak bahaya (edited: tp bila fikirkan balik tindakan saya memang bahaya). Kalau ada rezeki ada, kalau tak, boleh balik hotel. Macam tu jelah plannye.

Rata2 nk ziarah. So, usaha mencari tetap tak putus, niat memang nak pegi. Ternampak sekumpulan jemaah berjalan nak ke bas. Saya pon follow ingat nak tanya jemaah yg tgh jalan tapi laju sangat gaya atlet, jadi saya tegur dengan MUTAWIF lelaki (org yg b’tggjwb jaga jemaah) yg berjalan depan saya sambil bagi tahu hajat di hati. Agak kekok tapi ku gagahkan jua. Nak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.. gitu.

Alhamdulillah saya dapat tumpang. Rasa nak lompat2 je kat situ tapi tak pun, lompat2 dalam hati. Huhu.. Satu pakej siap ziarah lagi (Jemaah Andalusia). Niat miqat di Ja’ranah.
Niat kat miqat dapat, ilmu sejarah pon dapat.

That feeling bila kau dapat rasa yang Allah betul-betul dengar doa kau pastu on the spot makbulkan.. Amazing, mindblown, saat aku menulis ni pon aku boleh tersenyum.

Sebelum zohor dah balik ke Masjidil Haram.

Sepanjang di Makkah sibukkan diri buat Umrah. Sempat buat Umrah, Ziarah, dan Tawaf Sunat.

Malam itu, lepas isyak tidur (9.45++mlm) dan bangun balik pukul 11.45++mlm. Bersiap untuk pergi Masjidil Haram, iktikaf sampai 2.00 pg.

Dapat tasbih; hadiah. Dahlaa comel budak kecik tu, mata koko cair, pipi merah. Arghh.. comel!! Rasa nak bawak balik Malaysia.. huhu

Beribadah apa2 yang patut.. tawaf sunat-hijir ismail-solat sunat- hajarul aswad-tengok orang, pastu orang tengok kita, tengok Kaabah. Sejuk dan hidup sangat malam tu.

Hikmah/Pengajaran kucup hajarul aswad: Berjuang sehabis baik, mcm tulah rase nak kucup hajarul aswad.

Tup2 jam tangan hilang. Wuduk dah terbatal sebab ada orang siku-menyiku. Mentang-mentang tinggi, ku maafkan sebab dia pon parah je kena tolak dekat muka. Perbaharu wuduk dan terus solat hajat. (Resepi mak bagi apa2 hal ngadu je kat Allah). Terus ke kawasan hajarul aswad utk jenguk2 kan lantai nak cari jam yang hilang. Dia orang kat situ tunjuk-tunjuk ke arah polis Arab yang mengawal di hijir Ismail tempat dia jumpa jam.

Belum habis ckp lagi, polis Arab ni dah geleng2. English tak jalan, cakap melayu lagi tak jalan. Hampa, tak dapat respon. Sebelum balik, terpandang kantung plastik separa tembus ada jam yg dicari. Alhamdulillah. Jumpa balik jam. Alhamdulillah.

Dah mengantuk balikla ke hotel, solat subuh nnt datang balik.

MUTAWIF di Makkah Imam Rodi orang Melayu Pattani. Bawa ziarah, umrah dan peneman pemandu teksi cakap arab dikala kami membisu kat belakang.

Setiap hari selepas selesai umrah wajib beli ais krim 3 riyal
‘CONE, SATU, CAMPUR!’ Tu ayat wajib.. ayat berdosa..😆
Mane taknye hotel sebelah kedai ais krim. Untung..

image

Semoga Allah panggil tiap2 tahun jadi tetamu Allah, Amin Ya Rabbal Alamin.
* Terima kasih mama, atas doa tak putus2 dan mudahkan jalan tunai umrah dan ziarah. Semoga Allah berkati rezekimu, memberi kemudahan dalam kehidupanmu dan sentiasa dalam kesihatan yang baik. Moga Jannah itu milikmu ibu..
* Khabar berita Mutawwif travel agency yang sama terlibat dalam accident waktu kami balik Makkah – KUL. Lokasi Tabuk Madinah. Isteri dan sahabat Br. Fitri meninggal dunia dan dikebumikan di perkuburan Baqi’.

Al faatihah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s