KAKIJALAN: Dubai

Kecik-kecik dulu pernahlah tengok dokumentari pasal Dubai kat Discovery Channel; Construction of ‘Dubai Mall’, Airport dan Biggest Indoor Ski Dubai. Apa je yang tak MASSIVE. Biggest Shopping Mall, Biggest Airport, Busiest Airport. Dalam Dubai Mall ada Aquarium bahagian tunnel yang boleh lalu. Jejak saja kaki, boleh rasa bahang Tanah Arab. Ibarat musim panas yg panjang. Perjalanan kali ni dengan mak, dapat meluangkan masa cuti sem dengan orang tersayang katanya.

image
Ada orang excited nak naik public transport.

Kami naik Metro, syok public transport Dubai ni atas tanah, dapat tengok scenery. Bangunan-bangunan tinggi bak pencakar langit. Jauh jugaklah hotel yang kami duduk, Movenpick Ibnu Battuta Gate, lebih 20 station agaknya kami berhenti. Macam hujung ke hujung.

image
Kena panggang dekat Burj Khalifa

Burj Khalifa, mohon beli tiket online! Lebih murah dan boleh tentukan terus waktu bila nak naik. Walk-in pun boleh tp kurus poket naik Burj Khalifa je, giliran nak naik pon belum tentu dapat on the spot. Kalau beli online : AED170++, beli dgn agent: AED240++ dan beli walk-in: AED500. *Masa saya pegi ni, memang ni rate dia. Tp masa depan taktau, mana tau makin murah. Boleh pegi lagi. *Berangan. Lif naik laju kurang seminit dah sampai tingkat 124. View memang cantik. Bangunan teratur siap boleh nampak laut.

image
Luas permandangan, sampai laut pun boleh nampak.
image
Dubai Fountain baru mula merenjis-renjis.

Sekali makan lebih kurang AED: 20 minimum kalau makanan standard. Roti sandwich AED:8. Restaurant fine-dining boleh prepare dalam AED:200 untuk main course. Shopping Mall memang mewah, sebut je jenama apa, semua ada dari Jimmy Choo, H&M, Forever 21, Tutti Frutti dan dari yang jenama yang mengarut pon boleh jumpa. Tarikan utama : Dubai Fountain di kawasan luar Dubai Mall ialah pertunjukan air yang berirama etnik kreatif, versi Arab. Timing, waktu lunch: 1.30pm and dinner waktu; 6.00pm – tgh mlm, interval setiap setengah jam.

Jumeirah Palm kawasan private properties, ni kawasan rumah puluh2 juta. Owner hotel Movenpick ada bahagian pantai dekat hujung kawasan Jumeirah Palm. Jadi, kami dapat shuttle bus percuma. Sempoi je mak kita mengaji sambil berjemur kat tepi pantai. Semua bertali kecuali kami. Hahaha..

image
Relax je mak saya luang masa baca Quran tepi pantai.

Ibnu Battuta Mall power, ala pertembungan semua budaya. Interior siap ikut negara. Ada unsur2 yang unik. Egypt, Persian, China, India. Ramai pekerja dari Filipino, siap ada ‘Filipino Market’ dalam pasaraya Geant. Fuh, nisbah dalam kok Metro, 2:8, 2 orang Arab yang 8 tu semua Filipino. Filipino kerja di bahagian shopping center, Indian jd buruh binaan, construction site bersih. Nepal teksi driver, Nigerian kerja di hotel2 dan ada beberapa bangsa. Shopping Mall ada sediakan Surau/Musolla. Besar dan bersih. Gelaran pon biggest mall in the world. Siap ada orang claim ‘the mall itself is a city’.

Advertisements

2 Comments Add yours

  1. Dubai, aduh typo 😷

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s