KakiJalan: United Kingdom

KakiJalan – United Kingdom family trip tahun 2013. Kali ni mak minta bayar tiket kapal terbang sendiri2. Mak tak sponsor tiket kapal, tapi exceptional untuk cucu. So ada saving sikit kerja lepas SPM, bayar duit kapal terbang. Accommodation mak sponsor. Tiket kapal beli waktu Matta fair 2013, murahlah sikit.

DSC06237

Sampai dekat UK, wajib singgah tempat mak dulu dekat Oxford. Lebih kurang sejam dari Heathrow, mak sewa kereta – Enterprise. Dari gate Arrival boleh pegi dekat luar ada minibus yang akan angkut kita ke tempat sewa kereta. Selesaikan beberapa urusan, isi borang, deposit, pilih kereta, ambil kunci dan jalan. Kami tinggal di Oxford, berjalan-jalan di London naik OxfordTube dari Oxford. Kami guna public transport di London sebab banyak Underground iaitu keretapi bawah tanah. Paling mudah beli oyster card jadi boleh naik mana-mana public transport, function lebih kurang macam Touch n Go. Tengok apa yang patut seperti Big Bang, The Parliament, Eye of London, City Hall dekat dengan Tower Bridge dan Stadium Chelsea. Semuanya berlaku dalam sekelip mata, sebab kejar masa nak tengok semua benda.

Dah berjalan London dan Oxford, ambil peluang dah ada kereta sewa untuk drive utara ke Edinburgh, singgah dekat Preston dan naik bot di Lancaster canal. Ambil udara segar, pusing-pusing city dan our next stop dekat Stratford Upon Avon, tempat kelahiran William Shakespeare. Oleh sebab sampai tgh malam, kami tidur di Holiday Inn Stratford Upon Avon.

20130427_232808

Pagi-pagi lagi kami dah bersiap nak turun breakfast, dengan izin Allah lalu seorang chef berkulit hitam manis, keturunan Afrika warganegara Britain, sapa mak saya dengan ucapan salam, Assalamualaikum. Seorang chef Islam rupanya. Hikmah bertudung di negara orang, jelas lagi bersuluh kita ini beragama Islam. Pendek cerita, chef tu offer untuk masakkan breakfast yang halal supaya kami boleh makan. Sementara nak tunggu chef siap masak, makanlah buah-buahan, cereal dan salad. 15 minit kemudian, chef hidangankan omelet siap ada inti capsicum, sosej berunsurkan cendawan – sesuai juga untuk vegan, dan roti. Jadi, itulah sedikit hikmah di tempat orang yang bersungguh-sungguh memenuhi keperluan kita sebagai orang Islam, walaupun baru pertama kali jumpa. Semoga Allah membalas budi baik Chef ‘Holiday Inn Stratford’ dan semoga berjaya dunia akhirat.

 

Next, kami ke Glasgow dan bermalam di hotel yang sangat minimum, boleh kata seadanya. Ini kes nak berjimat sebab sebelum tu dah tidur Holiday Inn. Memang sesuai untuk backpackers atau young and budget travellers. Kemudian ke Scotland, menuju ke Edinburgh. Bersiar-siar di Edinburgh castle dan kami sempat bersantap di kedai halal Yemen yang berdekatan dengannya. Kemudian, kami pulang ke Oxford.

Perjalanan kami diteruskan dengan menaiki keretapi Eurostar ke Paris. Sekian.

GroundedHito

Advertisements

One Comment Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s