KakiJalan: Iran

DSC03848

Kakijalan- Iran pada bulan Mac 2013 memang satu peluang yang tak disangka-sangka. Mak kata saya anak rezeki berjalan. Saya nak kongsi pasal traditional house Iran yang selalunya dekat kawasan tengah rumah ada open space and water features. Kebiasaannya tetamu yang masuk tidak terus menghadap bilik tidur. Tapi rumah sebesar ini tidak lg diduduki orang sekarang. Banyak yang ditukar menjadi pejabat ataupun kelas2 untuk universiti. Ada satu lawatan tu, saya dapat masuk kelas biology dan makmal kimia, sempoi je buat kelas dalam muzium. Orang Iran ni memang banyak buat conservation utk bangunan2 lama.

Menarik pasal Iran ni sebab mereka sangat suka pd seni. Boleh lihat pada setiap bangunan lama dimasukkan hiasan karbandi – rasmibandi, kasesazi, yanzibandi dan muqarnas. Interior yang memiliki ciri arabesque dan paten geometri. Uniknya pada pintu rumah traditional di Iran ada 2 jenis pengetuk pintu untuk lelaki dan perempuan yang menghasilkan bunyi yang berbeza.

DSC03464

Musim saya datang ni musim panas kot, tak banyak daun. Tapi kubis ni relaks je tumbuh dalam pasu. Dekat Malaysia tak pernah jumpa begini gebunya kubis. Sesuka hati bagi nama kubis.

Apapun memang unik tumbuhan ciptaan Allah ni.

DSC_0489

Insya-Allah berjalan di Iran anda mudah nak dapat makanan. Ini nasi ‘herba hijau’ masak dengan daging. Makan breakfast memang simple, roti naan sapu dengan cheese, timun dan tomato. Mereka ni rajin makan salad sebelum heavy meal. Susu yogurt ‘laban’ pon dorang minum and makan, tp laban ni mcm semua middle east country all time favourite kot. Dinner biasalah kebab, Kebab dan KEBAB.

DSC_0529

Kebanyakkan bangunan lama memang beginilah lebih kurang. Itulah serba sedikit pasal uniknya Iran. Negara ini mengamalkan agama Islam-Syiah sebagai agama rasmi sebab penduduknya hampir 90% syiah. Ternyata cara mereka berbeza tp anda mungkin tidak perasan, ini menyebabkan saya rasa sangat cetek ilmu tentang agama. Semoga saya dijauhkan daripada terjebak dalam kesesatan.

Pengalaman saya ditegur seorang wanita berumur lingkungan 70 tahun bertudung licin warna biru, semasa di Airport yang sama boarding utk ke Amerika. Saya pula nak pulang ke Malaysia. Seperti biasa Iran memang kurang mendapat pelancong. KURANG.. bukan takde langsung.

Beberapa soalan lain, samada saya masih bertudung tak kalau di Malaysia? – Yes, I do.  (sambil angkat kening, pelik sangat soalan makcik ni).

Dan terakhir sebelum saya tersentap, keluar soalan makcik Iran ni curious sgt agaknya.

ARE You SUNNI OR SYIAH?. Tak pernah dalam hidup orang tanya ni. Nak jawab Sunni, biasa orang tanya Islam ke tidak. Itu je. Tapi memang belajarla waktu sekolah yang pasal Syiah. Tp sekadar belajar, tak pernah rasa wujudnya syiah tu sebagai agama rasmi sebuah negara. Lepas saya katakan yang saya Sunni, terus makcik tu berpaling.

Speechless.

~Kodahafez,

Khito

Advertisements

One Comment Add yours

  1. Iraan😱
    Sudah traveling ke negara mana saja?

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s