4 perspektif melihat duit

**Gambar: student buat kerja part-time kayuh basikal ala2 beca di Paris. Waktu ni tengah tengok Map nak pegi Pompidou, tapi sebab dia bukan local.. Dia pon kena tgk map😂😂

Dikarang dalam bentuk cerita untuk aku highlightkan perspektif duit sebagai medium dalam manfaatkan hidup kita:

  1. Medium untuk berurusan

Walaupun kisah ni biasa-biasa saja, kira dah 2 tahun lepas. Tapi aku tetap rasakan bahawa peristiwa ini buat aku bersyukur setiap kali aku lihat ada duit dalam poket.

Di tempat aku belajar asasi dulu, setiap khamis biasa ada pasar malam di simpang empat Exit Gambang, jadi bukan kebiasaan pun dapat pergi pasar sebab kena naik bus dalam 10 minit, ikut keutamaan siapa yang datang dulu. Memandangkan duit di tangan tiada, singgah sebentar di pam minyak dengan menggunakan khidmat ATM Meps. Cucuk duit menggunakan satu-satunya kad yang ada.

Sebab nilaian duit itu direka oleh manusia untuk memudahkan urusan niaga dan kepentingan-kepentingan lain.

2. Medium bersyukur

Bila nak keluarkan RM50 tak lepas, transaksi batal. Semak baki. -_-‘ **

Oh patutlah, tinggal RM45. Huisshh.

Kegunaan mingguan sekarang biasa RM50 tu memang boleh habis kejap je dalam seminggu. Jadi keluarkan dalam RM30, sambil mengadu dekat kawan yang beratur belakang. Agak-agak boleh ke nak sustain? sambil hitung-hitung mcm mana nak spend duit untuk bulan tu.

Dia senyap je. Tak cakap apa pon

Nak jadi cerita, turn dia keluarkan duit, saja tunggu sebelah, tak niat pun nak tengok pin number, tapi ada terjeling baki akaun.

RM14. Lagi sikit dari baki akaun sendiri.

Itu simpanan dalam akaun dia.

Dia relax je, cakap duit tak masuk lagilaa, kata ada duit lebih lagi ni dalam purse dia. Jadi petang tu agak berjimat beli makanan dan kami kongsi sama-sama. Kita tak pernah tahu dan ambil tahu sampailah kita betul-betul perhatikan kawan kita.

Mulalah saat tu aku tak mengadu sangat terutamanya isu duit. Tapi tak bermakna aku tak suka cerita pasal duit. Duit ni macam makhluk, kau jangan sayang sangat, kau jangan simpan sangat. Sebab dalam bahagian duit itu ada hak orang lain dan rezeki tu kalau kita punya, insya Allah tak rugi kalau kita manfaatkan makhluk ni ditempatnya.

Jadikan duit ini sebagai medium untuk kita sentiasa bersyukur dan berurusan dengan sebaiknya.

3. Medium berbudi bicara

Tumpang member, kalau ikut budi bicara eloklah kita sua duit minyak atau bayarkan tol. Jadi, dalam keadaan anda tumpang orang yang lebih superior. Kira nak kata dah berkerjaya, kakak abang atau orang yang lebih besar. Kita tahu mereka bergaji, memang mampulah nak cover duit setakat bagi tumpang. Apalah sangatkan.. Tapi selesa kiranya aku tak goyang kaki naik free2, naik kereta orang macam bos. Sekurang-kurangnya, mesti rasa nak buat sesuatu samada bayar tambang, tolong buangkan sampah atau layankan anak-anak dia beli air kotak.

Lebih-lebih lagi dengan keluarga sendiri, mak ayah yang tak putus beri wang saku, jadi ada bahagian aku (duit poket tiap bulan) yang memang aku asingkan nak belanja balik mereka, bukan apa pun, sekadar lepas nak beli barang masak bolehlah diusahakan. Dalam bahagian mak ayah ni, aku suka beli keperluan sebab kita pun guna.

4. Medium berkongsi

Kita tak tahu dalam keadaan mereka dilihat orang seperti berduit dan mampu, sebenarnya mereka banyak komitmen dan mungkin dalam poket memang cukup untuk lepas tanggungan atau mungkin beberapa nota RM1 saja dalam purse. I’ve seen it, so I believe. Bukan tak ada duit, tapi tiada ditangan atau belum dalam simpanan.

Bila kita berlapang dada dengan makhluk bernama duit ni, kita tak adalah berasa sempit. Makhluk ini boleh beranak pinak kalau kena cara mcm melabur atau bisness. Makhluk ini boleh mendekatkan diri kepada Tuhan dan kebaikan contohnya sedekah. Makhluk ni juga boleh menganiaya makhluk yang lain *macam kita*, timbul pergaduhan dan belanja lebih.

Ground*edHito

 

 

 

 

12 Comments Add yours

  1. Malaysia ke? Hola malaysia😁👍🏻

    Liked by 1 person

    1. GroundedHito says:

      Yup, Malaysia mari

      Liked by 1 person

      1. Ajak aku traveling lah😂

        Like

      2. GroundedHito says:

        Ajak boleh, pergi sendiri😉

        Liked by 1 person

      3. Oke. Ketemu ya nanti. 😅

        Liked by 1 person

  2. Semua tulisan mu kebanyakan dalam bahasa Inggris ya? Saya lihat profil pictnya pake jilbab, awalnya saya pikir dari Indonesia. Ternyata from Malaysia,…

    Assalamualaikum, salam kenal. Awak Hendri from Indonesia, senang baca tulisan GroundedHito nama asli kah?

    Liked by 1 person

    1. GroundedHito says:

      Waalaikummussalam Hendri,

      Thanks for your sharp observation, I really appreciate it! Yes, sy org Malaysia.

      Kita serumpun juga..GH nama pena sy.

      Like

      1. Yupz..we’re serumpun.
        Oh I C.., I’m glad to know you GH..👍👌

        Liked by 1 person

      2. GroundedHito says:

        Me too. Teruskan penulisan yg baik dan bermanfaat.

        Like

      3. Baik, terima kasih cik gu..😊

        Liked by 1 person

Leave a comment